Monday 27 August 2012

Dimana Novelku Pergi

  1. Rakan sekerja kata dah ada kat kedai buku Mubarak Ipoh dan Kedai Buku Mukmin KL.  Huraghhh!!! (Terima kasih)
  2. Ada member Tagged (Gammagurlz) berkerja di library Melaka kata dah ada satu copy kat sana. 48 copy lagi telah diedarkan seluruh library daerah Melaka. Huraghhh!!! (Terima kasih)
  3. Member satu umah kata dah ada kat Popular Ampang dan Popular Cheras Leisure Mall Huraghhh!!! Tetapi agak sedih sebab hanya ada satu copy je ditambah pulak jatuh atas lantai dan terselit celah rak  (Thank you Asrul)
  4. Member kata dah beli satu kat MPH berdekatan IKEA  Huraghhh!!!  (Terima kasih)
  5. Ada lagi sorang dah beli tapi tak bagi tau kat mana. Tanya tak jawab hantar MMS je. Anyway Terima kasih  kerana sudi mendapatkan novel ini   Huraghhh!!! 
  6. Member FB (Rosdina Amdan) juga telah membelinya dekat Harris, Popular, Jusco Tebrau City, JB. Terima kasih Rosdina kerana sudi mendapatkan novel ini . Huraghh!!!
  7. Member FB (Web Sutera) juga telah membelinya dekat ??? (tak tau lagi). Terima kasih Web Sutera kerana sudi mendapatkan novel ini . Huraghh!!!
  8. Member FB (Noraz Ikha dan Nor Azman) juga telah membelinya dekat Popular Bukit Tinggi Klang. Terima kasih Ikha kerana sudi mendapatkan novel ini . Huraghh!!!
  9. Member FB (Liza Wati) telah melihatnya berada di jaya jusco skudai johor taman universiti. Terima kasih  Liza kerana sudi mendapatkan novel ini . Huraghh!!!
  10. Member FB (Tun Teja Ratna Benggala aka great novellis) telah membelinya di Popular Bookstore Ikano Power Centre, Kota Damansara. Reaksi beliau "Beta sudah menemuinya. Tapi bukan kulit rimau itam. Omaigot 857 m/s???". Terima kasih Tn kerana sudi mendapatkan novel ini . Huraghh!!!
  11. Member Tagged (Ima Kusmira Kamarudin) telah membelinya di Megamall, Kuantan. Terima kasih.  Ima kerana sudi mendapatkan novel ini Huraghh!!!!
  12. Member Tagged (The Divine Miss M) telah membelinya di MPH SACC Shah Alam. Terima kasih.  Min kerana bersusah payah mendapatkan novel ini. Huraghhhh!!!!
  13. Member FB (Noor Haziea Hassan) telah membelinya di Popular Plaza Pelangi JB. Terima kasih Haziea kerana bersusah payah mendapatkan novel ini. Huraghhhh!!!!
  14. Member Tagged (Adriana) telah membelinya di Popular City Plaza Alor Star. Terima kasih Adrianan kerana sudi mendapatkan novel ini. Huraghhhh!!!!  
  15. Member FB (Yg Lain) telah membelinya di Popular Little China, berhampiran Pasar Seni KL. Walaupun bukan ahli, beliau sanggup membelinya dengan harga penuh. Terima kasih Yg Lain atas sokongan. Huraghhhh!!!!  
  16. Member FB (Kamelawati Ibrahim) telah membelinya di Popular Tesco Sri Manjung, Sitiawan, Perak. Terima kasih  Kamelawati Ibrahim kerana sudi mendapatkan novel ini   Huraghh!!!
  17. Self Check - telah berada di Kinokuniya Malaysia, BookWeb Price : MYR 29.90, Kinokuniya Privilege Card member price : MYR 26.91,  Huraghh!!!
      http://www.kinokuniya.com/my/index.php/fbs003?common_param=9789675841354 
  18. Member offis kata telah berada di MPH Kuching Sarawak,  Huraghh!!!
  19. Member FB (Ana Solehah Abdul Latiff) telah membelinya di kedai buku Muda Osman Sdn Bhd, Pasir Mas, Kelantan. Terima kasih Ana Solehah kerana sudi mendapatkan novel ini. Huraghhhh!!!! 
  20. Member FB (Hazliana Zahar) telah membelinya di kedai buku Popular, Ampang Point. Terima kasih Hazliana kerana sudi mendapatkan novel ini serta menjilidnya sendiri (seperti gmbr dibawah). Huraghhhh!!!!
  21. Member FB (Alif Elyas) telah membelinya di Pekan Sehari Benta, Pahang. Terima kasih Alif Elyas kerana sudi mendapatkan novel ini. Huraghhhh!!!!
  22. Member FB (Shimah Basri) telah membelinya di Popular, Ampang. Terima kasih Shimah kerana sudi mendapatkan novel ini. Huraghhhh!!!!
  23. Member FB (Ain Rahim) telah membelinya di SBC Bookstore. Port Dickson. N9.  Terima kasih Ain kerana sudi mendapatkan novel ini. Reaksi beliau "Naseb bek ade. kat situ ade 3buah je. sy da beli 1, so tgl la 2" Huraghhhh!!!!
  24. Member FB (Hilmi Isa) telah membelinya di  Kedai Buku Popular, AEON Station 18, Ipoh, Perak. Terima kasih Tuan Hilmi kerana sudi mendapatkan novel ini. Huraghhhh!!!!
  25. Member FB (IzaBalqis Ahmad) telah membelinya di  Kedai Buku Popular, AEON Sri Kembangan, KL. Terima kasih Puan IzaBalqis kerana sudi mendapatkan novel ini. Huraghhhh!!!!
  26. Member FB (Fatin Anur Ab Wahab) telah membelinya di  Kedai Buku Popular, Bukit Jambul, Penang. Terima kasih Puan Fatin kerana sudi mendapatkan novel ini. Huraghhhh!!!!
  27. Self chek - telah dijual di Singapura dengan harga SGD 21.90. Huraghhh!!! http://kotabuku.com.sg/index.php?page=shop.product_details&flypage=flypage.tpl&product_id=1036&category_id=72&option=com_virtuemart&Itemid=31&lang=bm
  28. Ehsan dari Yg Lain
  29. Member FB (Puteri Rembulan) telah membelinya di  Kedai Buku MPH, Mid Valley, KL. Terima kasih Puteri Rembulan kerana terembat novel ini. Huraghhhh!!!!
  30. Member FB (Azalia Hussin) telah membelinya di  Popular, JJ Cheras, Balakong. Terima kasih Azalia Hussin kerana terembat novel ini. Huraghhhh!!!!
Mubarak Ipoh
Popular Tesco Ampang
Popular Tesco Ampang
Ehsan dari Noraz Ikha
Ehsan dari Nor Azman
Ehsan dari Puteri Rembulan
Ehsan dari Haziea Hassan
Ehsan dari Adriana
Ehsan dari Tun Teja Ratna
Ehsan dari Asrul
Ehsan dari Ain Rahim
Ehsan dari Rosdina Amdan
Ehsan dari Hazliana Zahar
Ehsan dari Faten Anur Ab Wahab
Ehsan dari Hilmi Isa

Wednesday 22 August 2012

10 Kuasa Besar Alam Legenda



1 Yang pertama… Pemerintah Agung Dunia Kegelapan.
2 Yang kedua… Penjaga Ganas Gugusan Kepulauan.
3 Yang ketiga… Raja Berlima Adil dan Saksama.
4 Yang keempat…. Penunggu Laut Yang Kejam.
5 Yang kelima…. Tiga Cerdik Pandai Yang Berilmu dan Bijaksana.
6 Yang keenam…. Raja Bunian Raja Ghaib.
7 Yang ketujuh… Burung Sakti Dunia Di Luar Sempadan
8 Yang kelapan…. Penyatuan Dua Kuasa Gergasi.
9 Yang kesembilan…. Puteri Yang Berkuasa Sakti.
10 terakhir sekali.. Insan Terpilih Yang Tercatat Didalam Ramalan Seribu Tahun Lagenda

Tuesday 21 August 2012

Satu Penantian

Penantian itu amat menyiksakan lebih-lebih lagi apabila kita sudah tahu akan kepastiannya. Sejak dari penghantaran manuskrip dan pengeditan, perhubungan dengan editor tak kunjung putus. Hampir setiap minggu meng SMS beliau untuk mengetahui update. Sedar tak sedar dah setahun bertanya dan akhirnya editor telah menghantar manuskrip dan cadangan muka depan akhir. Setelah bersetuju editor memberitahu ada masalah dengan syarikat yang mencetak. Terlepas sudah Pesta Buku Antarabangsa KL 2012 dan Pesta Buku Selangor. Tapi Alhamdullial hujung bulan Julai 2012 editor telah datang sendiri berjumpa dan menyerahkan buku yang telah siap dicetak. Perasaan gembira teramat sangat. Huraaaggghhh!!!! (Gaya Viking atau orang-orang Gasar meluahkan kegembiraan)
Dua cover

Alangkah terkejutnya saya apabila mendapati produk akhir mempunyai dua cover yang berbeza. Kata editor cover yang bewarna hitam itu adalah untuk kedai buku MPH dan kedai buku lain-lain dan cover yang bertulisan merah pink itu adalah khas untuk kedai buku Popular (rata-rata pertama kali orang tengok cover nampak macam novel hantu/seram tapi bukan sebenarnya). Katanya lagi kedai buku Popular mempunyai ketetapan yang tertentu dan setelah dapat masuk ke kedai Popular kebarangkalian untuk percetakkan kali kedua amat tinggi kerana jumlah pelanggan yang besar dan meluas.

MPH SACC
Apa pun setalah dari tarikh itu setiap hujung minggu pergi menjengah kedai MPH di SACC Shah Alam, tetapi setiap kali pergi tak ada. Kecewa juga sebab dah bagi tau ramai kawan-kawan bahawa buku dah ada. Apabila mereka pergi carik tak ada. Malu pun ada. Menurut kata publisher, masa jumpa hari tu dia lupa nak cakap bulan September baru masuk Popular tetapi MPH tak tau pulak bila. Walaubagaimanapun keyakinan tetap utuh. Minggu bersilih minggu pada pertengahan bulan August 2012 buku saya telah ada dijual di MPH SACC walaupun berada dirak yang paling bawah sekali. (tak lama pun tapi rasa macam lama kan) Huurrraaggghhh!!!!! sekali lagi.

MPH Ipoh
Selang beberapa minggu lagi, yakni beberapa hari lagi sebelum raya, member kata dah ada kat MPH ngan Popular Ipoh. Dengan itu kemungkinanya telah ada disukurh Malaysia. Berita terkini member kata kat Sungai Petani tak ada lagi. Tapi tetap yakin suatu hari nanti pasti akan ada disana. Nanti adik balik Sabah nak suruh dia cek kat sana pulak. Hhhuurrraagghhhh!!!! untuk sekali lagi dan lagi dan lagi.
POPULAR Ipoh

Malangnye perasaan risau mula menyelubungi diri. Risau akan bagaimanakah reaksi pembaca diluar konteks perhubungan penulis. Didalam konteks perhubungan penulis rata-rata mengatakan best sehingga tidak dapat diucapkan dengan kata-kata. ada juga yang mengatakan 'OK' dimana OK itu adalah sesuatu yang subjective. Bilakah akan mendapat maklum balas dari pembaca yang telah menghabiskan novel saya? Hanya masa menjadi penentu dan aku akan setia menunggu. Sabar, sabar, sabar. Kata orang jual lemang koperasi di pejabat saya "Kalau Sedap Bagi Tau Kawan, Kalau Tak Sedap Bagitau Kami" dalam konteks novel saya pula Kalau Best Bagitau Kawan, Kalau Boring Bagitau Saya" Heheheh ;)

Senarai Watak-Watak Aku dan Legenda

Disini disertakan senarai watak-watak didalam novel Alam Legenda: Aku dan Legenda. Agak terkejut juga jumlahnya lebih 59 watak. (tidak termasuk watak sampingan).

Alam Nyata
  Nama Sebenar Panggilan Kategori Utama
1 Mohd Nizam Ijam Insan Terpilih
2 Mohd Firdaus Daus Adik Ijam
3 Fatimah Ahmad Sawi/Mah Mak Ijam
4 Mohd Awal Nuar/Wal Ayah Ijam
5 Jamil Wahab Jamil Pemberita TV5
6 Mohd Azies Han Azies Musuh Daus
7 Abdul Jalil Jalil Musuh Daus
8 Mohd Razman Cikgu Razman Cikgu Sekolah/Seni
9 Wan Malik Cikgu Malik Cikgu Disiplin/Sukan
10 Nor Salbiah Cikgu Salbiah Cikgu Mateamtik
11 Ahmad Jamaluddin Pengetua Pengetua Sekolah SMKPB
12 Abu Bakar Abu si botak Antara Bdk Kelas 3 Amal
13 Leman Kassim Leman becok  Ketua kelas
14 Tan Lip Seong Tan  Rakan Baik Ijam
15 Ramachandran Rama Rakan Baik Ijam
16 Sufi Yusop Sufi  Rakan Baik Ijam
17 Nor Azlin Lin tomboy Rakan Baik Ijam
18 Hidayat Yat Rakan Rapat Ijam sjk kecil
19 Kalsom Makcik Kalsom Tukang masak  Kantin
20 Khalid Khalid Ketua Samseng
21 Edy  Edy  Hitam & Putih Khalid
22 Bob Bob Hitam & Putih Khalid
23 Zul Zul Tiang Penyangga Khalid
24 Man Man Tiang Penyangga Khalid
25 Kamal N/A Abang bongsu Khlaid
26 Kamarul N/A Abang sulong Khalid
27 Mohd Razak Zak Polis
28 Ahmad Zainudin Din Polis
29 Mohd Zahir Zahir Pengemis
30 Mohd Batin Batin Abg Zahir
31 Tompok N/A Kucing Ijam


Alam Lagenda
  Nama Panggilan Kategori Utama
1 Harimau Hitam Black Panglima Hitam Gedembai
2 Agilam Agi Putera Pemerintah
3 Agraham Agra Pemerintah Dunia Kegelapan
4 Igriham Igri Hakim Kegelapan
5 Ogroham Ogro Hakim Kegelapan
6 Permaisuri Gedembai Gerdembai Permaisuri Alam Lagenda
7 Mat Chinchang N/A Ketua Keturunan
8 Delima Wati N/A Isteri Mat Chinchang
9 Mat Raya N/A Ketua Keturunan
10 Seri Yanti N/A Isteri Mat Raya
11 Mat Sawar N/A Tiga Cerdik Pandai
12 Nenek Kebayan N/A Tiga Cerdik Pandai
13 Petualang Hitam N/A Tiga Cerdik Pandai
14 Putera Mat Chinchang N/A Anak Mat Chinchang
15 Puteri Mat Raya N/A Anak Mat Raya
16 Guntur N/A Anak Angkat Mat Raya
17 Nyala N/A Ketua Puak Api
18 Galian N/A Ketua Puak Tanah
19 Asmodeus Yg penuh Nafsu 7 Dosa Yang Membunuh 
20 Beelzebub Yg berlebih2 7 Dosa Yang Membunuh 
21 Mammon Yg tamak 7 Dosa Yang Membunuh 
22 Belphegor Yg pemalas 7 Dosa Yang Membunuh 
23 Amon Yg pemarah 7 Dosa Yang Membunuh 
24 Leivathan Yg cemburu 7 Dosa Yang Membunuh 
25 Lucifer Yg bangga 7 Dosa Yang Membunuh 
26 Gagak Getir N/A Makhluk Tunganggan Gedembai
27 Naga Bara Naga Keramat, Naga Lahar Pendamping Mat Raya
28 Naga Kara Naga Keramat, Naga Laut Pendamping Mat Chinchang

Saturday 18 August 2012

Ucapan Terima Kasih

Tidak terdetik dihati saya untuk sesekali mempunyai senaskah novel atas nama saya sendiri kerana saya sendiri tidak membaca novel dalam apa-apa genre pun kecuali pada waktu sekolah dahulu. Pada waktu itu adalah senaskah dua yang saya baca contohnya novel dari Penulis Tamar Jarlis (terima kasih penulis). Tetapi pada suatu hari sewaktu tinggal dengan kakak sulung saya (terima kasih kak long) di Kuala Lumpur saya terlihat banyak novel-novel Inggeris yang dibeli dan kumpul olehnya.

Bosan kerana tidak ada apa yang hendak dibuat pada waktu itu saya pun mengambil senaskah dan membacanya. Agak menarik dan suspen (novel penyiasatan) kerana ada scene scene yang mengambarkan sesuatu benda didalam rumah watak utama beralih ketempat lain bukan oleh perbuatannya sendiri. Selepas beberapa hari terkantoi pulak dengan kakak saya kerana membaca secara senyap senyap (malu sebab baca novel sebenarnya). Dia mencadangkan saya membaca cerita bertajuk Kane & Able. Katanya dia mengeluarkan air mata sewaktu membaca novel itu tetapi lain pula bagi saya yang membacanya.

Saya merasakan buku itu memberi motivasi kepada seseorang untuk berjaya kerana ia berkisarkan tentang dua watak utama dimana seorang hidup susah dan seorang lagi hidup mewah. Yang hidup susah cuba untuk hidup senang dan yang hidup senang cuba untuk merasai kepayahan hisup. Dalam setiap kisah ada dikalanya kedua watak hampir-hampir untuk bersemuka tapi nyaris-nyaris sehinggalah dipenghujung cerita dimana pertemuan mereka bukan sebagai kawan tetapi adalah sebagai musuh. Sayang sekali.

Tetapi dibuku sambungannya kedua-dua mereka mempunyai seorang anak lelaki dan perempuan dimana mereka juga memiliki sifat kedua ayah mereka tetapi akhirnya bertemu bercinta dan berkahwin.

Setelah beberapa bulan selepas itu saya bertanya kepada kawan saya (terima kasih kawan) buku novel apakah yang sesuai untuk dibaca dan kemudian dia mencadangkan kepada saya buku Harry Potter & The Sorcerer Stone (pada waktu itu tidak famouse lagi) dan saya dapati buku itu sangat menarik untuk dibaca dimana bahasa yang digunakan amat mudah difahami dan jalan cerita yang menarik. Ini menyebabkan saya memiliki  dan membaca kesemua tujuh bukunya. Konsep yang sama juga saya terbaca pada buku Eragon, Spiderwick dan Narnia (tapi narnia kelakar skit pandai betul penulis dia menulis) Selalunya novel bergenre fantasi akan menggunakan bahasa yang jarang digunakan dan susah untuk difahami. Ini terbukti apabila saya membaca buku Lord of the Ring. Bahasa Inggerisnya sangat tinggi dan susah untuk difahami. Hampi 70% apa yang saya baca dari ketiga-tiga bukunya saya baca tetapi tidak faham.

Dengan idea yang ada saya cuba untuk menulis sehingga beberapa bab dan saya terfikir sebelum saya menghabiskan cerita saya baik saya cuba menghantar dulu kepada beberapa publisher. Setelah mencari dilaman web saya terjumpa beberapa penerbit yang terkenal seperti Buku Prima, Alaf 21, Utusan dan beberapa lagi dan saya cuba menghantar tiga bab pertama (tunggu lagi beberapa bulan untuk penilaian dan followup). Malangnya penulisan saya tidak sampai ketahap yang mereka perlukan. Lagipun saya tidak pernah pergi kebengkel atau kursus penulisan. Kecewa dengan kegagalan ini saya berhenti seketika menulis untutk beberapa bulan.

Tetapi dari itu juga saya kenal pasti beberapa kelemahan dari penulisan saya dan cuba untuk memperbaiki. Saya mula menulis kembali dan terpaksa mula dari awal. Setelah yakin dan siap separuh saya cuba menghantar kembali tetapi saya tidak mahu menghantar kepada publisher yang sama (malu). Kerana tidak ada kontak publisher lain rakan saya (terima kasih rakan atas sokongan) telah mencadangkan supaya pergi ke Pesta Buku Antarabangsa KL. Nasib baik ia terletak berhampiran dengan pejabat jadi bolehlah saya pergi waktu rehat berjalan kaki. Tidak disangka banyak lagi publisher lain yang ada disitu. Setalah mengambil contact information mereka dengan segera saya menghantar sample manuskrip kepada mereka melalui email. Setelah beberapa bulan pihak Pekan Ilmu (terima kasih banyak-banyak) bersetuju untuk menerbitkan hasil penulisan saya.

Tetapi hasil penulisan saya hanya separuh siap. Dengan semangat baru saya berjaga siang dan malam (termasuk cuti raya, cuti umum dan selepas waktu pejabat) untuk menyiapkan novel. Tetapi beban kerja dan belajar Master separuh masa amat berat. Walaubagaimanapun saya mengambil kesempatan apabila ada masa terluang (termasuk cuti semester). Malangnya paper finance saya gagal kerana menyiapkan bab bab terkahir novel yang dimohon penerbit. Nasib baik prestasi kerja saya masih lagi kekal ditahap cemerlang. Namun begitu saya berjaya juga menamatkan MBA saya walaupun tidak cemerlang. Mungkin ujung  tahun ni convo (rasa mcm tak nk pegi je). Lepas convo bolehlah apply part time lecturing. Keje keje keje duit duit duit...:)

Setelah menghantar manuskrip saya terpaksa menungu setahun lebih untuk editing dan pencetakkan. Alhamdulliah syukur kepada tuhan akhirnya berjaya juga buku ini diterbitkan. Tetapi buku ini terdapat dua cover yang berlainan dimana satu untuk MPH dan kedai-kedai buku lain dan satu untuk Popular. Pelik tetapi menurut editor itu adalah requirement. Sebanyak 2540 naskah telah dicetak dan diedar termasuk perpustakaan dan kemungkinan Singapura (mengikut kata editorlah). Dengan perasaan gembira saya membeli 20 naskah untuk saya jual sendiri dan setelah dua minggu raka-rakan pejabat dan kakak-kakak saya (terima kasih kesemua yang telah membeli novel ini) telah membeli kesemunya. Masalah pula pada saya untuk menjual kepada yang telah berpesan melalui web (kena beli lagi kat publisher kot). Mengikut kata editor setelah dua minggu dipasaran hampir 1/3 dari jumlah cetakkan telah diedarkan/terjual. Dan baru-baru ni mengikut katanya lagi setelah tiga minggu di pasaran besar kemungkinan akan dicetak sekali lagi (terima kasih editor Cik Nurul).

Begitulah susahnya untuk menerbitkan satu novel ini. Ia mengambil masa yang lama dan pelbagai cabaran lebih-lebih lagi penulis baru macam saya. Dengan ini saya mengucapkan bebanyak terima kasih atas sokongan kuat rakan-rakan kini dan selamanya. Diharapkan novel ini akan berjaya dan mendapat bestseller seperti novel-novel cinta yang lain. Aminnnnnnn.................:)

Bab-Bab Penceritaan

Mungkin didalam novel yang telah diterbitkan tidak berapa jelas tentang bab-bab yang ada. Jadi dibawah ini diletakkan tajuk bagi setiap bab. Enjoy...

Bab 1   - Malam Yang Panjang
Bab 2   - Pelik
Bab 3   - Serba Serbinya Lewat
Bab 4   - Antara Realiti Dan Fantasi
Bab 5   - Maharaja Dunia Kegelapan
Bab 6   - 7 Dosa Yang Membawa Maut
Bab 7   - Air Di Cincang Takkan Putus
Bab 8   - Perjanjian Antara Dua Kuasa
Bab 9   - Fantasi Menjadi Realiti
Bab 10 - Berpantang Maut Sebelum Ajal
Bab 11 - Pertembungan Dua Jasad
Bab 12 - Tujuh Cincin Mutiara Hitam
Bab 13 - Kemunculan Nenek Kebayan
Bab 14 - Yang Berlebih-Lebih
Bab 15 - Alkisah Si Daus
Bab 16 - Lamunan Terhenti
Bab 17 - Denda
Bab 18 - Si Tompok
Bab 19 - Jodoh Dan Pertemuan
Bab 20 - Harum Mekar Bunga Cinta
Bab 21 - Kuatnya Kasih Sejati
Bab 22 - Punca Segala Musibah
Bab 23 - Perihal Cikgu Sekolah
Bab 24 - Pertemuan Buat Pertamakali
Bab 25 - Pengorbanan Cinta Abadi
Bab 26 - Kehebatan Mat Raya
Bab 27 - Akhirnya
Bab 28 - Perbalahan Antara Dua Cikgu
Bab 29 - Antara Kebenaran Dan Penafian
Bab 30 - Perangai & Sikap Buruk
Bab 31 - Demi Kasih
Bab 32 - Biru & Merah
Bab 33 - Hari Yang Dinantikan
Bab 34 - Rakan Baik Bernama Hidayat
Bab 35 - Fikiran Yang Semakin Kusut
Bab 36 - Masa Untuk Membalas Dendem
Bab 37 - Rancangan Penguasaan Gugusan
Bab 38 - Yang Penuh Nafsu
Bab 39 - Amukkan Kedua Penjaga Ganas
Bab 40 - Bukan Yang Sebenar
Bab 41 - Kemunculan Semula
Bab 42 - Sokongan Rakan Sekolah
Bab 43 - Peperangan Bersejarah
Bab 44 - Sejarah Berulang Kembali
Bab 45 - Pertarungan Lagenda
Bab 46 - Kejutan Demi Kejutan
Bab 47 - Pesan Buat Rakan
Bab 48 - Malam Terakhir
Bab 49 - Apabila Ilmu Penuh Didada
Bab 50 - Semangat Pahlawan Terulung
Bab 51 - Naga Keramat, Naga Laut, Naga Kara
Bab 52 - Keris Kecil
Bab 53 - Jalan Yang Mana
Bab 54 - Arah Yang Berliku
Bab 55 - Perutusan Terakhir Sang Puteri
Bab 56 - Kegigihan Guntur
Bab 57 - Gerakkan Sejenak
Bab 58 - Kejar Mengejar
Bab 59 - Menara Berkembar
Bab 60 - Kunci Cakerawala
Bab 61 - Cinta Abadi Dibawa Mati
Bab 62 - Munculnya Keajaiban
Bab 63 - Gerbang Awana
Bab 64 - Bangkitnya Darah Keturunan
Bab 65 - Kesilapan Yang Berlebih-lebih
Bab 66 - Naga Keramat, Naga Lahar, Naga Bara
Bab 67 - Tenang Seketika
Bab 68 - Penyatuan Jasad & Jiwa
Bab 69 - Engkar Yang Membawa Padah
Bab 70 - Berakhirnya Sebuah Permulaan

Prakata


Idea untuk menulis novel ini bermula pada tahun 2007. Walaubagaimanapun tercetusnya untuk mewawarkan cerita-cerita lagenda di negara ini bermula pada tahun 2000 sewaktu dalam proses untuk mengengam segulung Diploma disebuah kolej swasta terletak di Pulau Langkawi. Rancangan asal adalah untuk menukarkan cerita-cerita Lagenda di Pulau Langkawi kepada sebuah filem animasi. Namun setelah berfikir panjang kemampuan untuk menghasilkan cerita-cerita animasi adalah amat terbatas.

Pada tahun 2007 melalui pembacaan novel-novel fantasi berbahasa ingeris telah memberikan idea untuk meneruskan penceritaan kisah-kisah lagenda dipulau itu melalui konsep pernovelan. Setelah membuat pelbagai kajian tentang kisah-kisah lagenda di pulau itu didapati terdapat juga kisah-kisah lagenda lain dinegara ini yang berkaitan. Begitu juga terdapat cerita-cerita lagenda lain diluar negara yang boleh diadaptasikan kedalam novel ini. Bagi menjadikan kisah lagenda ini lebih menarik cerita-cerita lagenda dari pelbagai sumber telah dicampur adukkan. Kemudian ia disusun indah supaya pembaca dapat menghayati cerita-cerita ini dengan lebih mendalam lagi. Ini sama dengan konsep-konsep yang diterapkan oleh pencerita-pencerita moden barat.

Secara asasnya penceritaan didalam novel ini mengandungi unsur-unsur kekeluargaan, persahabatan dan percintaan disamping aksi-aksi lucu, pertarungan dan debaran. Penyusunan jalan cerita juga diselang-selikan setiap 3-4 bab diantara dua dunia yang berbeza yakni dunia nyata dan dunia fantasi. Ini bermakna pembaca tidak dibawa terlalu jauh kealam fantasi dan dibawa juga ke kisah-kisah dunia remaja masa kini. 

Penceritaan didalam novel ini juga menekankan aspek keperincian supaya pembaca dapat membayangkan dan menyelami perkara-perkara yang membuatkan kisah lagenda ini begitu menarik dan misteri. Bagi menyuntik jiwa didalam penulisan novel banyak bahasa-bahasa pertuturan biasa dan pelat pelbagai bangsa serta negeri-negeri di negara ini digunakan terutama sekali dalam dialog pertuturan antara watak. Bahasa-bahasa ringkas juga banyak digunakan supaya pembaca setiap peringkat umur dapat membacanya dengan perasaan seronok dan menyenangkan.

Dengan harapan novel ini diterbitkan maka cerita-cerita lagenda negara sendiri yang penuh misteri dapat dihebahkan bukan sahaja untuk pembaca generasi dulu dan sekarang serta masa hadapan tetapi cita-cita juga kepada pembaca luar negara. 

Sinopsis



Mengisahkan sebuah pengembaraan Ijam ke alam legenda. Di alam realiti dia gagal mengekang sifat keliaran seorang remaja sehingga menyebabkan dia terlibat dalam pelbagai kancah permasalahan disedari permasalahan yang ditimbulkan akhirnya mempunyai kaitan dengan kekacauan di alam legenda.

Pertemuan Ijam dengan Black atau Panglima Hitam yang di utuskan oleh Permaisuri Gedembai telah membuka rahsia seribu tahun legenda yang membuatkan hidup Ijam kelam kabut dan sentiasa diburu oleh makhluk-makhluk yang aneh yang mahu membunuhnya.

Apakah yang seterusnya berlaku? Siapakah Ijam sebenarnya? Ikutilah novel fantasi ini untuk mendapatkan jawapannya.. -

Harga RM 29.90 m/s 800 boleh didapati di MPH, Popular dan kedai-kedai buku berhampiran anda- p/s tak kenal maka tak cinta