Idea untuk
menulis novel ini bermula pada tahun 2007. Walaubagaimanapun tercetusnya untuk
mewawarkan cerita-cerita lagenda di negara ini bermula pada tahun 2000 sewaktu
dalam proses untuk mengengam segulung Diploma disebuah kolej swasta terletak di
Pulau Langkawi. Rancangan asal adalah untuk menukarkan cerita-cerita Lagenda di
Pulau Langkawi kepada sebuah filem animasi. Namun setelah berfikir panjang
kemampuan untuk menghasilkan cerita-cerita animasi adalah amat terbatas.
Pada tahun 2007
melalui pembacaan novel-novel fantasi berbahasa ingeris telah memberikan idea
untuk meneruskan penceritaan kisah-kisah lagenda dipulau itu melalui konsep
pernovelan. Setelah membuat pelbagai kajian tentang kisah-kisah lagenda di pulau
itu didapati terdapat juga kisah-kisah lagenda lain dinegara ini yang
berkaitan. Begitu juga terdapat cerita-cerita lagenda lain diluar negara yang
boleh diadaptasikan kedalam novel ini. Bagi menjadikan kisah lagenda ini lebih
menarik cerita-cerita lagenda dari pelbagai sumber telah dicampur adukkan. Kemudian
ia disusun indah supaya pembaca dapat menghayati cerita-cerita ini dengan lebih
mendalam lagi. Ini sama dengan konsep-konsep yang diterapkan oleh
pencerita-pencerita moden barat.
Secara asasnya penceritaan didalam novel ini mengandungi unsur-unsur kekeluargaan, persahabatan dan percintaan disamping aksi-aksi lucu, pertarungan dan debaran. Penyusunan jalan cerita juga diselang-selikan setiap 3-4 bab diantara dua dunia yang berbeza yakni dunia nyata dan dunia fantasi. Ini bermakna pembaca tidak dibawa terlalu jauh kealam fantasi dan dibawa juga ke kisah-kisah dunia remaja masa kini.
Penceritaan
didalam novel ini juga menekankan aspek keperincian supaya pembaca dapat
membayangkan dan menyelami perkara-perkara yang membuatkan kisah lagenda ini
begitu menarik dan misteri. Bagi menyuntik jiwa didalam penulisan novel banyak
bahasa-bahasa pertuturan biasa dan pelat pelbagai bangsa serta negeri-negeri di
negara ini digunakan terutama sekali dalam dialog pertuturan antara watak.
Bahasa-bahasa ringkas juga banyak digunakan supaya pembaca setiap peringkat
umur dapat membacanya dengan perasaan seronok dan menyenangkan.
Dengan harapan
novel ini diterbitkan maka cerita-cerita lagenda negara sendiri yang penuh
misteri dapat dihebahkan bukan sahaja untuk pembaca generasi dulu dan sekarang
serta masa hadapan tetapi cita-cita juga kepada pembaca luar negara.
No comments:
Post a Comment