Friday 14 September 2012

Sejarah Mat Chinchang & Mat Raya

Gunung Mat Chinchang

Alright... a little bit history lesson, this is about the two great mountain in Pualau Langkawi, where one named Gunung Mat Chinchang and the other is Gunung Raya (don't know why they scrap off the name Mat at the middle). According to the legend, both mountains were actually a giant and a guardian of the Langkawi Island. Both were equally strong and powerful. In addition they both have a handsome son and a beautiful daughter.

One faithful day Mat Raya son and Mat Chinchang daughter was united in a holly matrimony. Both families were at joy and the wedding ceremony was grand. A lot of food was offered and there were music too. However something bad had happened. During the ceremony when Mat Chinchang son was sitting at the altar beside his newly wed wife, Mat Raya, the father of his wife, saw him watching every other girls at the crowd. This invoked anger from within Mat Raya.

Gunung Raya
As a result, both family at the wedding ceremony were quarreling and fighting each other. The fighting was so great that all the utensil that was use for cooking were thrown all over including pot. This particullar pot were flying at great distance and crash. The place where the pot crash is called now Belanga Pecah (Crashing Pot). The gravy that was in the pot gushing out and flow out and became now Sungai Kuah (Gravy River). Mat Raya in other hand has forcefully took the beautiful wedding ring from his daughter hand and throw it far away. The place where the ring drop is now called Tanjung Cincin.

The fighting from both family was very noisy and disruptive. One of the village elder called Mat Sawar come to brake off the fight but his effort was no avail. An evil black sorcerer called Gedembai came to the scene because she was troubled with the noise. The noise make her really sick and annoying. Thus without any hasitation she cast a spell to both Mat Raya and Mat Chinchang to become a big mountain. Mat Sawar that was in the scene was also effected when he became a small hill between the two big Mountain.

So that's how the legend goes (as far as I can remember). But as usual with legends the story is short and simple. Because at that time people don't have the excessive tools to write let alone the skill to write so as to explained it in detail. Thus I take a initiative to take this legend and expend it further into a story. In a novel called Alam Legenda : Aku dan Legenda

Fact: Geologically, the sandstone mountain range of MaChinchang, in the north western corner of Langkawi, and Gunung Raya, a granite mountain at the centre, are a great testament to its classification as a Geopark. Gunung Raya is the tallest mountain range on the island standing at 881m. Machinchang is the oldest rock formation on Langkawi, and stands 800m above sea level. It was created over half a billion years ago and was the first part of South East Asia to rise from the seabed during the Cambrian period.

Thursday 13 September 2012

Pilihan Popular Madah Jiwa Bangsa September 2012

The board I'm talking about
Ok the title sounds interesting wasn't it. I was quite surprise at first when my friend (Asrul) told me this on 10 September 2012. He saw the book posted at the Pilihan Popular Madah Jiwa Bangsa board in Popular Bookstore at Cheras Leisure Mall, KL along with other 3 novels. The book has a sticker on it stating 20% discount. It is actually for Popular book store members. Unfortunately my friend was not a member so he has to buy it at a original price. (sorry bro).

First I thought... Wah!!! the book has become a popular choice after a month++, but I think I was wrong. After reading the board title again and again and again then I realize. The book was not a readers popular choice but simply, it is a promotional activities initiatives by the bookstore (maybe). The initiative may be happened because of two reasons, one, it is to increase sales for the book that are not getting enough sales or, two, to finished the stock quickly so that other best title books can be put at the book shelve.
Courtesy from Asrul

In any case and whatever it is, I personally must thank (a lot x1000) to Popular bookstore on this because of this initiative the books can reach wider audience and the chance for the books to be read by many people. Then what the publisher tells me (in my last post) is true. Maybe both MPH and Popular bookstore have different business strategy and different target market segment that they need to focus on (based on MBA point of view). Huraghhhh!!!!! 

Monday 3 September 2012

Review Buku Aku & Legenda Oleh Kenalan Jauh

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pengunjung blog saya, disini dilampirkan petikkan komen dari pembaca novel saya

"honestly min ingatkan dia ni crita antu ke apa..but i was wrong..you haveto read this with an open mind..elements of mystery..mystique and even humour..BEST!!!"


The Divine Miss M -  4 September 2012 - Tagged


"salam...buku ni adventure gler eh...x sabar nk baca smbungan dia yg penuh"

Rhythm of My Heartbeat a.k.a Izzyanah Illyanah Ibrahim - 8 September 2012 - Tagged

"agak serabut penceritaan novel nie. tention n pening saya bacanya. tp percubaan yg baik 857ms bkn senang bro! syabas. lihatlah penceritaan ramlee awng mrshid dlm 6 novel epicnya, sngat menarik, pembaca dpt menjiwai novel merupakan 1 anugerah. tq"

Mhafizrahman91 -  11 September 2012 - Gebang alamlegenda.blogspot


"boleh di katekan buku nie berlainan dr lain.. ader genre seram mistik. ader part menarik.. over all x rugi membeli.. keep it up utk novel yg kedua nnt.. x sabar menunggu... kalu ader draft nnt jgn lupe share ngn su k.. thnks.." 

Suraya a.k.a Su- 12 September 2012 - Gebang

Ehsan dari Zie

"Bagi sesiapa yg nak lari dari cintan cintun,18sx & romantika de amor.bg ziea,best giler.kisah ijam remaja yg liar & bermasalah di alam realiti.mempunyai kaitan dgn kekacauan yg berlaku di alam legenda. Seorg insan terpilih yg akn menyelamatkan dunia nyata& memusnahkan alam legeda.penuh dgn aksi & terselit jugak komedi pada watak nenek kebayan. Tahniah pada penulis (1st novel) sila buat sambungan ye sbb Puteri Gedembai baru guna 3biji batu dosa kejahatan.ada baki lg 4tu. Hohoho Mammon,Leviathan & Beelzebub"

Noor Haziea Hassan a.k.a  Zie - 14 September 2012 - Saya Minat Novel Group FB


"Pertama2nya syabas kerna telah berjaya menghasilkan karya sulong ini. Seharusnya kita akui bahwa menulis itu bukan kerja yang mudah. Jujurnya beta kagum dengan keupayaan tuan ntuk menghasilkan buku setebal ini. Buku beta yang paling tebal pun hanyalah 540m/s. Sekali lagi, syabas.

Walau bagaimanapun, kelazimannya sesebuah karya sulung itu tambahan pula kita sebagai orang yang bukannya berlatarbelakangkan bidang penulisan, maka ada perkara2 yang wajar kita perhalusi dan diambil iktibar demi memantapkan karya2 yang datang. 

 Anyways, bro... cerita dah ok tapi kita memang selalu kena improve. Orang nak benda yang makin lama makin sedap. The only way to do that is to write better. You can. It's just a matter of perfecting the craft."

oh plus point ntuk tuan, babak2 pertarungan sangat hidup dan mendebarkan. sebenarnya, babak2 dari alam legendalah yang menyelamatkan buku tuan.dan beta yakin, tuan boleh menulis dengan lebih bail di masa akan datang. SAMA2 LAH KITA BERUSAHA!! AYUH!!
Ehsan dari Yg Lain

Tun Teja Ratna Benggala a.k.a Pingu Toha - 14 September 2012 - FB

Saya tergoda ngan ketebalan buku ini, dan bila lihat tajuknya, terus sambar.. hehehehe, saya beli buku ni di kedai buku popular semasa merayau2 kat pasar seni KL. ada potongan 20% tapi OLEH KERANA saya tiada keahlian, kena bayar harga penuhlah.. tapi xmengapa, harga bukan masalah.. yg penting. berkenan.

Saya tak dapat beri komen sepenuhnya, kerana belum habis baca, cuma lum biasa baca novel yg tulisannya biru.. tapi itu bukan masalah.. setakat yg dah baca ni, semua ok lagi... tak rasa bosan pun.

Yg Lain - 21 September 2012 - BTL/B35 FB

ijam n hitam sihat ke x??? x sabo nk jumpe ijam n black ag.. bila die nk kuar ag??? 

Rhythm of My Heartbeat a.k.a Izzyanah Illyanah Ibrahim - 21 September 2012 - Tagged

Akak tgh bc novel km skrg.akak suka.dah sampai babak si nizam tu dibw ke bilik pengetua.ada satu dua kesilapan..tgh suapen nak tahu apa significant kucing tompok tu.mesti ada kena mengena dgn alam magik tu,termasuk juga si nenek kebayan.watak ijam tu mengingatkan akak kpd bekas anak murid yg kurus sempoi n malas belajar.apa jd dgn dia sekrg,ya?....

......Akak seronokmbc krn watak2nya adalah org2 di sekeliling kamu,terutama mak n ayah n kehidupan kn di flat tu.akak akan tunggu novel seterusnya.klu buat trilogi best juga kan...

....km kumpul watak2 tu,mcm harry porter..kemudian link kan mrk dlm novel2 seterusnya..mcm watak Voldemort..kita tahu asal usul dia dlm siri siri terkemudian.ada unsur2 kelakar dlm novel km ni.tp kenapa nama princess tu gedembai..


Kamelawati Ibrahim - 28 September 2012 - BTL/B35 FB

akak hrp dpt dijelaskan dlm novel2 akan dtg kenapa ijam diserahkan kpd org,mcm mn peristiwa itu berlaku.kenapa abg2nya x tahu,atau ijam ni anak dr isteri org biasa krn saiznya.mcm mn boleh diserahkan kpd ibu bapanya skrg.knp hanya ketika ijam 15 th baru semua ini berlaku?byk benda akak nak tahu ni...

........... cerita ttg Guntur n kelebihannya srta penemuan dia dgn 3 pokok besar tu akak suka.settingnya menarik 

Kamelawati Ibrahim - 2 October 2012 - BTL/B35 FB

Tahniah atas kelahiran novel sulung. Konsepnya menarik, dan sangat tebal.

Najibah - 6 October 2012 - Gebang alamlegenda.blogspot

Selesai sudah mentelaah 'Aku & Lagenda' pada 5 Okt 2012..

Bagi peminat komik, mungkin buku ini sesuai untuk anda. Tajuk & kaver dh ok dan mampu menarik minat, tp jalan ceritanya masih byk kekurangan..sehingga ke m.surat 411, saya masih gagal mencari apa yang sebenarnya penulis cuba sampaikan..

Dunia Manusia: Kisah Ijam, manusia biasa tp tetiba dikatakan m'jadi insan t'pilih untuk keamanan dunia kegelapan. Belbagai rintangan dihadapi..3 makhluk b'silih ganti cuba m'bunuhnya..namun tiada yg b'jaya..

Dunia Kegelapan:
Puteri gelembai cuba untuk menguasai dunia kegelapan, bagaimanapun perlu membunuh 8 lagi saingan yg ada..tp dlm novel ini hanya diceritakan 1 saja watak untuk dibunuh..dia b'jaya mengucar kacirkan kehidupan Mat Sawar dan kedua anaknya.... Bagaimanapun, tiada kesinambungan & kesudahan utk putera & puteri kedua anak mereka yang diselamatkan oleh nenek kebayan..

Penutup:
Ijam  yang sepatutnya telah mati dibunuh makhluk kegelapan tiba2 hidup semula..rupa2nya dia adalah salah seorg anak Mat Sawar yg t'campak kedunia manusia. B'tukar m'jadi manusia sakti.. Namun tidak diceritakan bagaimana dia boleh jd anak Mat Sawar...

Kesinambungan dr satu cerita ke satu cerita juga kurg jelas. Byk watak yg digunakan, tp tiada kesudahan...contoh seperti 7 makhluk kegelapan..yang digunakan hanya 3...maaflah, banyak yang xlogik / tak masuk akal..xnampak realistik....

Maaf, novel ini sangat tidak menepati jiwa saya..

Hazliana Zahar - 9 October 2012 - BTL/B35 FB

Assalamualaikum. Sya dh bca bku saudara. Memang best! Tp.. Crita tu hbis stakat tu je??? Ape jdi kt ijam lps dia bgn dri tdur?? Dpt ke dia mnggunakn ilmu dan kuasa dia dgn teratur. Apa jdi kt permaisuri gedembai?? Sya hrp saudara ada smbungan untuk novel ini.. :) selamat berjya saudara.

Ananymous - 9 November 2012 - Alamlegenda.blogspot

http://www.goodreads.com/book/show/16132933-alam-legenda#other_reviews

Tuan Hilmi Isa -  16 November 2012 - goodreads.com

Assalammualaikum... sy peminat novel buatan anda... jln ceritanya sangat menajubkan... bila nak keluar  sambungannya ? jika sdh d keluarkan blh infrm kat sy x ? sy yg beli secara on9...:)

wslm... sama2 :)mmg byk kekurangan tp x mengapa kerana sy tahu menulis ini bukan kerja yg mudah... jika sy blm tentu dpt membuat seperti mana saudara membuatnya... :) terus kan usaha lg ya... sy sentiasa menunggu kemunculan novel kedua saudara...:) rindu dengan watak black.ijam dan nenek kebayan... ( mmg lawak la part nenek kebayan hehehe... sorry pn b;h jd sowi huhuhu... gelak sorang2 bila baca... x bosan membaca  4 5 kali hi3 )... hrp2 saudara dpt menyiapkan novel kedua ini dengan jalan cerita ...

AzAnIaH AmY - 8 December 2012 - (Google+)

Salam, saya dah habis baca Aku dan Legenda. bagi saya, awak mmg penulis yang berbakat. Teruskan menulis dlm genre ni ye sbb x ramai penulis yang tulis genre mcm ni. cumanya sy nk tanya, cerita ni ada sambungan ke? sbb permaisuri gedembai yg jahat tu x mati lagi. 

Noraz Ikah -  9 December 2012 - FB


Sejujurnya selepas saya membaca novel awak, saya lebih tertarik kepada cerita bahagian fantasi. Dialog dan perwatakan sangat memainkan peranan untuk menarik minat pembaca. dalam masa yang sama, dialog juga perlu sesuai dengan watak yang diwujudkan dalam cerita. Saya kata begitu sebab sebagai pembaca saya merasakan dialog yang digunakan tidak seberapa sesuai pada watak. Sebagai contoh, watak dalam bahagian cerita fantasi iaitu watak raja air dan api (tak ingat nama watak), dialognya perlulah sesuai dengan watak sebagai seorang raja. contoh lain lagi, watak nenek tua, perlulah berdialog sama seperti nenek tua dan matang seperti nenek tua juga. 

Sampai satu masa ketika saya baca novel awak, saya merasakan watak-watak dalam cerita ni bercakap seperti budak-budak. Watak orang tua bercakap seperti orang muda. Mungkin juga awak boleh perhatikan konsep showing dan telling dalam sebuah prosa supaya tidak lewah. Konsep ini boleh menjadikan pembaca tidak merasa bosan dan merasakan ayat tersebut berulang-ulang kali dibaca. Ini hanyalah pandangan saya sebagai seorang pembaca. Tak lebih dari itu sebab saya lebih cenderung pada penulisan puisi dan baru hendak berjinak2 dalam penulisan prosa. Saya tahu tidak mudah menulis cerita fantasi dan tidak semua mampu untuk menulis sedemikian. saya lihat awak mampu dan mempunyai bakat dalam penulisan cerita fantasi. tingkatkan lagi kemahiran dan bakat awak. 

Sebagai rakan penulis dan pembaca, saya sokong awak. Lagi satu, saya tertarik dengan cerita fantasi awak sebab teknik penceritaan awak membuatkan saya seperti berada dalam dunia fantasi itu. saya menantikan sambungan alam lagenda awak. Minta maaf jika terasa hati dengan apa yang saya kata tapi sejujurnya ini hanyalah pandangan daif saya sendiri. jangan di ambil bulat2 tetapi tapis jika perlu. Ambil mana yang baik dan tepikan mana yang tak baik. Sekian, sedikit ulasan berkaitan novel awak. Jangan risau, saya tidak merasa rugi membacanya.

Hamidah M. H - 7 December 2012 - FB

Hari ini dengan rasminya menamatkan pembacaan "Aku dan Lagenda"... Sedikit review daripada saya - Gaya penceritaan novel ni mmg boleh 'dihadam' gak la..walaupun ada sesetengah bahagian yang saya rasa meleret2.contohnya bila penulis memperkenalkan satu2 watak..saya lebih suka sesuatu watak tu diperkenalkan secara ringkas tapi padat dan cukup utk menggambarkan watak berkenaan... Membaca A&L membuatkan saya rasa seperti kanak2 yg sedang menonton cerita fantasi yg hebat, pertarungan yg mmg digambarkan sgt hebat, mencabar imaginasi.. :-) ada satu part yg buat saya tersengih..bila Mat Sawar menggunakan ilmu gerak sejenak yg mungkin jurus yg sama digunakan oleh Goku... (dpt idea dr DB ke tuan penulis.?hehe ) Apa-apa pun saya tak rasa rugi memiliki A&L...syabas kepada penulis dan saya tunggu sambungannyer..ada sambungan kan.. Sharul Izli Ramzi..hehehe 

IzaBalqis Ahmad - 7 December 2010 - FB

salam...awak sy dh baca buku awak...buku nie menarik wak....sy suka...mencabar dan penuh dgn debaran...dan yg plaing penting kene paham betul2 cerita awak bru paham.....sambung ye buku tue...mesti lagi menarik...

Fassas Najihah Murfikah - 3 Februari 2013 - FB

saya sangat-sangattttt suka novel aku dan lagenda.....hmmm...bila smbungan dia kluar yer...?xsbar dh nk baca..bleh x bgtau bila novel ni dh terbit nnty...?  :) tlg la replay ye...

Mysara Izzaty Ishak - 25 April 2013 - Bloggers

saya dah beli buku awak best gelak sorang-sorang

Azalia Hussin - 26 April 2013 - FB

boleh tahan cuma apa terjadi dengan Pemaisuri Sang Gedembai. Tergantung ... takkan lepas melihat kematian Mat Raya dan Mat Chinchang, Pemaisuri Sang Gedembai terus pergi macam tu. Takkan dia tak ingat pada Insan Terpilih, Ijam ... 
Boleh tahan la cerita nie ... ada banyak kesalahan ejaan ... seolah takde orang buat "proofreading" ...


Healogix - 24 Mei 2013 - Goodreads

Monday 27 August 2012

Dimana Novelku Pergi

  1. Rakan sekerja kata dah ada kat kedai buku Mubarak Ipoh dan Kedai Buku Mukmin KL.  Huraghhh!!! (Terima kasih)
  2. Ada member Tagged (Gammagurlz) berkerja di library Melaka kata dah ada satu copy kat sana. 48 copy lagi telah diedarkan seluruh library daerah Melaka. Huraghhh!!! (Terima kasih)
  3. Member satu umah kata dah ada kat Popular Ampang dan Popular Cheras Leisure Mall Huraghhh!!! Tetapi agak sedih sebab hanya ada satu copy je ditambah pulak jatuh atas lantai dan terselit celah rak  (Thank you Asrul)
  4. Member kata dah beli satu kat MPH berdekatan IKEA  Huraghhh!!!  (Terima kasih)
  5. Ada lagi sorang dah beli tapi tak bagi tau kat mana. Tanya tak jawab hantar MMS je. Anyway Terima kasih  kerana sudi mendapatkan novel ini   Huraghhh!!! 
  6. Member FB (Rosdina Amdan) juga telah membelinya dekat Harris, Popular, Jusco Tebrau City, JB. Terima kasih Rosdina kerana sudi mendapatkan novel ini . Huraghh!!!
  7. Member FB (Web Sutera) juga telah membelinya dekat ??? (tak tau lagi). Terima kasih Web Sutera kerana sudi mendapatkan novel ini . Huraghh!!!
  8. Member FB (Noraz Ikha dan Nor Azman) juga telah membelinya dekat Popular Bukit Tinggi Klang. Terima kasih Ikha kerana sudi mendapatkan novel ini . Huraghh!!!
  9. Member FB (Liza Wati) telah melihatnya berada di jaya jusco skudai johor taman universiti. Terima kasih  Liza kerana sudi mendapatkan novel ini . Huraghh!!!
  10. Member FB (Tun Teja Ratna Benggala aka great novellis) telah membelinya di Popular Bookstore Ikano Power Centre, Kota Damansara. Reaksi beliau "Beta sudah menemuinya. Tapi bukan kulit rimau itam. Omaigot 857 m/s???". Terima kasih Tn kerana sudi mendapatkan novel ini . Huraghh!!!
  11. Member Tagged (Ima Kusmira Kamarudin) telah membelinya di Megamall, Kuantan. Terima kasih.  Ima kerana sudi mendapatkan novel ini Huraghh!!!!
  12. Member Tagged (The Divine Miss M) telah membelinya di MPH SACC Shah Alam. Terima kasih.  Min kerana bersusah payah mendapatkan novel ini. Huraghhhh!!!!
  13. Member FB (Noor Haziea Hassan) telah membelinya di Popular Plaza Pelangi JB. Terima kasih Haziea kerana bersusah payah mendapatkan novel ini. Huraghhhh!!!!
  14. Member Tagged (Adriana) telah membelinya di Popular City Plaza Alor Star. Terima kasih Adrianan kerana sudi mendapatkan novel ini. Huraghhhh!!!!  
  15. Member FB (Yg Lain) telah membelinya di Popular Little China, berhampiran Pasar Seni KL. Walaupun bukan ahli, beliau sanggup membelinya dengan harga penuh. Terima kasih Yg Lain atas sokongan. Huraghhhh!!!!  
  16. Member FB (Kamelawati Ibrahim) telah membelinya di Popular Tesco Sri Manjung, Sitiawan, Perak. Terima kasih  Kamelawati Ibrahim kerana sudi mendapatkan novel ini   Huraghh!!!
  17. Self Check - telah berada di Kinokuniya Malaysia, BookWeb Price : MYR 29.90, Kinokuniya Privilege Card member price : MYR 26.91,  Huraghh!!!
      http://www.kinokuniya.com/my/index.php/fbs003?common_param=9789675841354 
  18. Member offis kata telah berada di MPH Kuching Sarawak,  Huraghh!!!
  19. Member FB (Ana Solehah Abdul Latiff) telah membelinya di kedai buku Muda Osman Sdn Bhd, Pasir Mas, Kelantan. Terima kasih Ana Solehah kerana sudi mendapatkan novel ini. Huraghhhh!!!! 
  20. Member FB (Hazliana Zahar) telah membelinya di kedai buku Popular, Ampang Point. Terima kasih Hazliana kerana sudi mendapatkan novel ini serta menjilidnya sendiri (seperti gmbr dibawah). Huraghhhh!!!!
  21. Member FB (Alif Elyas) telah membelinya di Pekan Sehari Benta, Pahang. Terima kasih Alif Elyas kerana sudi mendapatkan novel ini. Huraghhhh!!!!
  22. Member FB (Shimah Basri) telah membelinya di Popular, Ampang. Terima kasih Shimah kerana sudi mendapatkan novel ini. Huraghhhh!!!!
  23. Member FB (Ain Rahim) telah membelinya di SBC Bookstore. Port Dickson. N9.  Terima kasih Ain kerana sudi mendapatkan novel ini. Reaksi beliau "Naseb bek ade. kat situ ade 3buah je. sy da beli 1, so tgl la 2" Huraghhhh!!!!
  24. Member FB (Hilmi Isa) telah membelinya di  Kedai Buku Popular, AEON Station 18, Ipoh, Perak. Terima kasih Tuan Hilmi kerana sudi mendapatkan novel ini. Huraghhhh!!!!
  25. Member FB (IzaBalqis Ahmad) telah membelinya di  Kedai Buku Popular, AEON Sri Kembangan, KL. Terima kasih Puan IzaBalqis kerana sudi mendapatkan novel ini. Huraghhhh!!!!
  26. Member FB (Fatin Anur Ab Wahab) telah membelinya di  Kedai Buku Popular, Bukit Jambul, Penang. Terima kasih Puan Fatin kerana sudi mendapatkan novel ini. Huraghhhh!!!!
  27. Self chek - telah dijual di Singapura dengan harga SGD 21.90. Huraghhh!!! http://kotabuku.com.sg/index.php?page=shop.product_details&flypage=flypage.tpl&product_id=1036&category_id=72&option=com_virtuemart&Itemid=31&lang=bm
  28. Ehsan dari Yg Lain
  29. Member FB (Puteri Rembulan) telah membelinya di  Kedai Buku MPH, Mid Valley, KL. Terima kasih Puteri Rembulan kerana terembat novel ini. Huraghhhh!!!!
  30. Member FB (Azalia Hussin) telah membelinya di  Popular, JJ Cheras, Balakong. Terima kasih Azalia Hussin kerana terembat novel ini. Huraghhhh!!!!
Mubarak Ipoh
Popular Tesco Ampang
Popular Tesco Ampang
Ehsan dari Noraz Ikha
Ehsan dari Nor Azman
Ehsan dari Puteri Rembulan
Ehsan dari Haziea Hassan
Ehsan dari Adriana
Ehsan dari Tun Teja Ratna
Ehsan dari Asrul
Ehsan dari Ain Rahim
Ehsan dari Rosdina Amdan
Ehsan dari Hazliana Zahar
Ehsan dari Faten Anur Ab Wahab
Ehsan dari Hilmi Isa

Wednesday 22 August 2012

10 Kuasa Besar Alam Legenda



1 Yang pertama… Pemerintah Agung Dunia Kegelapan.
2 Yang kedua… Penjaga Ganas Gugusan Kepulauan.
3 Yang ketiga… Raja Berlima Adil dan Saksama.
4 Yang keempat…. Penunggu Laut Yang Kejam.
5 Yang kelima…. Tiga Cerdik Pandai Yang Berilmu dan Bijaksana.
6 Yang keenam…. Raja Bunian Raja Ghaib.
7 Yang ketujuh… Burung Sakti Dunia Di Luar Sempadan
8 Yang kelapan…. Penyatuan Dua Kuasa Gergasi.
9 Yang kesembilan…. Puteri Yang Berkuasa Sakti.
10 terakhir sekali.. Insan Terpilih Yang Tercatat Didalam Ramalan Seribu Tahun Lagenda

Tuesday 21 August 2012

Satu Penantian

Penantian itu amat menyiksakan lebih-lebih lagi apabila kita sudah tahu akan kepastiannya. Sejak dari penghantaran manuskrip dan pengeditan, perhubungan dengan editor tak kunjung putus. Hampir setiap minggu meng SMS beliau untuk mengetahui update. Sedar tak sedar dah setahun bertanya dan akhirnya editor telah menghantar manuskrip dan cadangan muka depan akhir. Setelah bersetuju editor memberitahu ada masalah dengan syarikat yang mencetak. Terlepas sudah Pesta Buku Antarabangsa KL 2012 dan Pesta Buku Selangor. Tapi Alhamdullial hujung bulan Julai 2012 editor telah datang sendiri berjumpa dan menyerahkan buku yang telah siap dicetak. Perasaan gembira teramat sangat. Huraaaggghhh!!!! (Gaya Viking atau orang-orang Gasar meluahkan kegembiraan)
Dua cover

Alangkah terkejutnya saya apabila mendapati produk akhir mempunyai dua cover yang berbeza. Kata editor cover yang bewarna hitam itu adalah untuk kedai buku MPH dan kedai buku lain-lain dan cover yang bertulisan merah pink itu adalah khas untuk kedai buku Popular (rata-rata pertama kali orang tengok cover nampak macam novel hantu/seram tapi bukan sebenarnya). Katanya lagi kedai buku Popular mempunyai ketetapan yang tertentu dan setelah dapat masuk ke kedai Popular kebarangkalian untuk percetakkan kali kedua amat tinggi kerana jumlah pelanggan yang besar dan meluas.

MPH SACC
Apa pun setalah dari tarikh itu setiap hujung minggu pergi menjengah kedai MPH di SACC Shah Alam, tetapi setiap kali pergi tak ada. Kecewa juga sebab dah bagi tau ramai kawan-kawan bahawa buku dah ada. Apabila mereka pergi carik tak ada. Malu pun ada. Menurut kata publisher, masa jumpa hari tu dia lupa nak cakap bulan September baru masuk Popular tetapi MPH tak tau pulak bila. Walaubagaimanapun keyakinan tetap utuh. Minggu bersilih minggu pada pertengahan bulan August 2012 buku saya telah ada dijual di MPH SACC walaupun berada dirak yang paling bawah sekali. (tak lama pun tapi rasa macam lama kan) Huurrraaggghhh!!!!! sekali lagi.

MPH Ipoh
Selang beberapa minggu lagi, yakni beberapa hari lagi sebelum raya, member kata dah ada kat MPH ngan Popular Ipoh. Dengan itu kemungkinanya telah ada disukurh Malaysia. Berita terkini member kata kat Sungai Petani tak ada lagi. Tapi tetap yakin suatu hari nanti pasti akan ada disana. Nanti adik balik Sabah nak suruh dia cek kat sana pulak. Hhhuurrraagghhhh!!!! untuk sekali lagi dan lagi dan lagi.
POPULAR Ipoh

Malangnye perasaan risau mula menyelubungi diri. Risau akan bagaimanakah reaksi pembaca diluar konteks perhubungan penulis. Didalam konteks perhubungan penulis rata-rata mengatakan best sehingga tidak dapat diucapkan dengan kata-kata. ada juga yang mengatakan 'OK' dimana OK itu adalah sesuatu yang subjective. Bilakah akan mendapat maklum balas dari pembaca yang telah menghabiskan novel saya? Hanya masa menjadi penentu dan aku akan setia menunggu. Sabar, sabar, sabar. Kata orang jual lemang koperasi di pejabat saya "Kalau Sedap Bagi Tau Kawan, Kalau Tak Sedap Bagitau Kami" dalam konteks novel saya pula Kalau Best Bagitau Kawan, Kalau Boring Bagitau Saya" Heheheh ;)

Senarai Watak-Watak Aku dan Legenda

Disini disertakan senarai watak-watak didalam novel Alam Legenda: Aku dan Legenda. Agak terkejut juga jumlahnya lebih 59 watak. (tidak termasuk watak sampingan).

Alam Nyata
  Nama Sebenar Panggilan Kategori Utama
1 Mohd Nizam Ijam Insan Terpilih
2 Mohd Firdaus Daus Adik Ijam
3 Fatimah Ahmad Sawi/Mah Mak Ijam
4 Mohd Awal Nuar/Wal Ayah Ijam
5 Jamil Wahab Jamil Pemberita TV5
6 Mohd Azies Han Azies Musuh Daus
7 Abdul Jalil Jalil Musuh Daus
8 Mohd Razman Cikgu Razman Cikgu Sekolah/Seni
9 Wan Malik Cikgu Malik Cikgu Disiplin/Sukan
10 Nor Salbiah Cikgu Salbiah Cikgu Mateamtik
11 Ahmad Jamaluddin Pengetua Pengetua Sekolah SMKPB
12 Abu Bakar Abu si botak Antara Bdk Kelas 3 Amal
13 Leman Kassim Leman becok  Ketua kelas
14 Tan Lip Seong Tan  Rakan Baik Ijam
15 Ramachandran Rama Rakan Baik Ijam
16 Sufi Yusop Sufi  Rakan Baik Ijam
17 Nor Azlin Lin tomboy Rakan Baik Ijam
18 Hidayat Yat Rakan Rapat Ijam sjk kecil
19 Kalsom Makcik Kalsom Tukang masak  Kantin
20 Khalid Khalid Ketua Samseng
21 Edy  Edy  Hitam & Putih Khalid
22 Bob Bob Hitam & Putih Khalid
23 Zul Zul Tiang Penyangga Khalid
24 Man Man Tiang Penyangga Khalid
25 Kamal N/A Abang bongsu Khlaid
26 Kamarul N/A Abang sulong Khalid
27 Mohd Razak Zak Polis
28 Ahmad Zainudin Din Polis
29 Mohd Zahir Zahir Pengemis
30 Mohd Batin Batin Abg Zahir
31 Tompok N/A Kucing Ijam


Alam Lagenda
  Nama Panggilan Kategori Utama
1 Harimau Hitam Black Panglima Hitam Gedembai
2 Agilam Agi Putera Pemerintah
3 Agraham Agra Pemerintah Dunia Kegelapan
4 Igriham Igri Hakim Kegelapan
5 Ogroham Ogro Hakim Kegelapan
6 Permaisuri Gedembai Gerdembai Permaisuri Alam Lagenda
7 Mat Chinchang N/A Ketua Keturunan
8 Delima Wati N/A Isteri Mat Chinchang
9 Mat Raya N/A Ketua Keturunan
10 Seri Yanti N/A Isteri Mat Raya
11 Mat Sawar N/A Tiga Cerdik Pandai
12 Nenek Kebayan N/A Tiga Cerdik Pandai
13 Petualang Hitam N/A Tiga Cerdik Pandai
14 Putera Mat Chinchang N/A Anak Mat Chinchang
15 Puteri Mat Raya N/A Anak Mat Raya
16 Guntur N/A Anak Angkat Mat Raya
17 Nyala N/A Ketua Puak Api
18 Galian N/A Ketua Puak Tanah
19 Asmodeus Yg penuh Nafsu 7 Dosa Yang Membunuh 
20 Beelzebub Yg berlebih2 7 Dosa Yang Membunuh 
21 Mammon Yg tamak 7 Dosa Yang Membunuh 
22 Belphegor Yg pemalas 7 Dosa Yang Membunuh 
23 Amon Yg pemarah 7 Dosa Yang Membunuh 
24 Leivathan Yg cemburu 7 Dosa Yang Membunuh 
25 Lucifer Yg bangga 7 Dosa Yang Membunuh 
26 Gagak Getir N/A Makhluk Tunganggan Gedembai
27 Naga Bara Naga Keramat, Naga Lahar Pendamping Mat Raya
28 Naga Kara Naga Keramat, Naga Laut Pendamping Mat Chinchang

Saturday 18 August 2012

Ucapan Terima Kasih

Tidak terdetik dihati saya untuk sesekali mempunyai senaskah novel atas nama saya sendiri kerana saya sendiri tidak membaca novel dalam apa-apa genre pun kecuali pada waktu sekolah dahulu. Pada waktu itu adalah senaskah dua yang saya baca contohnya novel dari Penulis Tamar Jarlis (terima kasih penulis). Tetapi pada suatu hari sewaktu tinggal dengan kakak sulung saya (terima kasih kak long) di Kuala Lumpur saya terlihat banyak novel-novel Inggeris yang dibeli dan kumpul olehnya.

Bosan kerana tidak ada apa yang hendak dibuat pada waktu itu saya pun mengambil senaskah dan membacanya. Agak menarik dan suspen (novel penyiasatan) kerana ada scene scene yang mengambarkan sesuatu benda didalam rumah watak utama beralih ketempat lain bukan oleh perbuatannya sendiri. Selepas beberapa hari terkantoi pulak dengan kakak saya kerana membaca secara senyap senyap (malu sebab baca novel sebenarnya). Dia mencadangkan saya membaca cerita bertajuk Kane & Able. Katanya dia mengeluarkan air mata sewaktu membaca novel itu tetapi lain pula bagi saya yang membacanya.

Saya merasakan buku itu memberi motivasi kepada seseorang untuk berjaya kerana ia berkisarkan tentang dua watak utama dimana seorang hidup susah dan seorang lagi hidup mewah. Yang hidup susah cuba untuk hidup senang dan yang hidup senang cuba untuk merasai kepayahan hisup. Dalam setiap kisah ada dikalanya kedua watak hampir-hampir untuk bersemuka tapi nyaris-nyaris sehinggalah dipenghujung cerita dimana pertemuan mereka bukan sebagai kawan tetapi adalah sebagai musuh. Sayang sekali.

Tetapi dibuku sambungannya kedua-dua mereka mempunyai seorang anak lelaki dan perempuan dimana mereka juga memiliki sifat kedua ayah mereka tetapi akhirnya bertemu bercinta dan berkahwin.

Setelah beberapa bulan selepas itu saya bertanya kepada kawan saya (terima kasih kawan) buku novel apakah yang sesuai untuk dibaca dan kemudian dia mencadangkan kepada saya buku Harry Potter & The Sorcerer Stone (pada waktu itu tidak famouse lagi) dan saya dapati buku itu sangat menarik untuk dibaca dimana bahasa yang digunakan amat mudah difahami dan jalan cerita yang menarik. Ini menyebabkan saya memiliki  dan membaca kesemua tujuh bukunya. Konsep yang sama juga saya terbaca pada buku Eragon, Spiderwick dan Narnia (tapi narnia kelakar skit pandai betul penulis dia menulis) Selalunya novel bergenre fantasi akan menggunakan bahasa yang jarang digunakan dan susah untuk difahami. Ini terbukti apabila saya membaca buku Lord of the Ring. Bahasa Inggerisnya sangat tinggi dan susah untuk difahami. Hampi 70% apa yang saya baca dari ketiga-tiga bukunya saya baca tetapi tidak faham.

Dengan idea yang ada saya cuba untuk menulis sehingga beberapa bab dan saya terfikir sebelum saya menghabiskan cerita saya baik saya cuba menghantar dulu kepada beberapa publisher. Setelah mencari dilaman web saya terjumpa beberapa penerbit yang terkenal seperti Buku Prima, Alaf 21, Utusan dan beberapa lagi dan saya cuba menghantar tiga bab pertama (tunggu lagi beberapa bulan untuk penilaian dan followup). Malangnya penulisan saya tidak sampai ketahap yang mereka perlukan. Lagipun saya tidak pernah pergi kebengkel atau kursus penulisan. Kecewa dengan kegagalan ini saya berhenti seketika menulis untutk beberapa bulan.

Tetapi dari itu juga saya kenal pasti beberapa kelemahan dari penulisan saya dan cuba untuk memperbaiki. Saya mula menulis kembali dan terpaksa mula dari awal. Setelah yakin dan siap separuh saya cuba menghantar kembali tetapi saya tidak mahu menghantar kepada publisher yang sama (malu). Kerana tidak ada kontak publisher lain rakan saya (terima kasih rakan atas sokongan) telah mencadangkan supaya pergi ke Pesta Buku Antarabangsa KL. Nasib baik ia terletak berhampiran dengan pejabat jadi bolehlah saya pergi waktu rehat berjalan kaki. Tidak disangka banyak lagi publisher lain yang ada disitu. Setalah mengambil contact information mereka dengan segera saya menghantar sample manuskrip kepada mereka melalui email. Setelah beberapa bulan pihak Pekan Ilmu (terima kasih banyak-banyak) bersetuju untuk menerbitkan hasil penulisan saya.

Tetapi hasil penulisan saya hanya separuh siap. Dengan semangat baru saya berjaga siang dan malam (termasuk cuti raya, cuti umum dan selepas waktu pejabat) untuk menyiapkan novel. Tetapi beban kerja dan belajar Master separuh masa amat berat. Walaubagaimanapun saya mengambil kesempatan apabila ada masa terluang (termasuk cuti semester). Malangnya paper finance saya gagal kerana menyiapkan bab bab terkahir novel yang dimohon penerbit. Nasib baik prestasi kerja saya masih lagi kekal ditahap cemerlang. Namun begitu saya berjaya juga menamatkan MBA saya walaupun tidak cemerlang. Mungkin ujung  tahun ni convo (rasa mcm tak nk pegi je). Lepas convo bolehlah apply part time lecturing. Keje keje keje duit duit duit...:)

Setelah menghantar manuskrip saya terpaksa menungu setahun lebih untuk editing dan pencetakkan. Alhamdulliah syukur kepada tuhan akhirnya berjaya juga buku ini diterbitkan. Tetapi buku ini terdapat dua cover yang berlainan dimana satu untuk MPH dan kedai-kedai buku lain dan satu untuk Popular. Pelik tetapi menurut editor itu adalah requirement. Sebanyak 2540 naskah telah dicetak dan diedar termasuk perpustakaan dan kemungkinan Singapura (mengikut kata editorlah). Dengan perasaan gembira saya membeli 20 naskah untuk saya jual sendiri dan setelah dua minggu raka-rakan pejabat dan kakak-kakak saya (terima kasih kesemua yang telah membeli novel ini) telah membeli kesemunya. Masalah pula pada saya untuk menjual kepada yang telah berpesan melalui web (kena beli lagi kat publisher kot). Mengikut kata editor setelah dua minggu dipasaran hampir 1/3 dari jumlah cetakkan telah diedarkan/terjual. Dan baru-baru ni mengikut katanya lagi setelah tiga minggu di pasaran besar kemungkinan akan dicetak sekali lagi (terima kasih editor Cik Nurul).

Begitulah susahnya untuk menerbitkan satu novel ini. Ia mengambil masa yang lama dan pelbagai cabaran lebih-lebih lagi penulis baru macam saya. Dengan ini saya mengucapkan bebanyak terima kasih atas sokongan kuat rakan-rakan kini dan selamanya. Diharapkan novel ini akan berjaya dan mendapat bestseller seperti novel-novel cinta yang lain. Aminnnnnnn.................:)

Bab-Bab Penceritaan

Mungkin didalam novel yang telah diterbitkan tidak berapa jelas tentang bab-bab yang ada. Jadi dibawah ini diletakkan tajuk bagi setiap bab. Enjoy...

Bab 1   - Malam Yang Panjang
Bab 2   - Pelik
Bab 3   - Serba Serbinya Lewat
Bab 4   - Antara Realiti Dan Fantasi
Bab 5   - Maharaja Dunia Kegelapan
Bab 6   - 7 Dosa Yang Membawa Maut
Bab 7   - Air Di Cincang Takkan Putus
Bab 8   - Perjanjian Antara Dua Kuasa
Bab 9   - Fantasi Menjadi Realiti
Bab 10 - Berpantang Maut Sebelum Ajal
Bab 11 - Pertembungan Dua Jasad
Bab 12 - Tujuh Cincin Mutiara Hitam
Bab 13 - Kemunculan Nenek Kebayan
Bab 14 - Yang Berlebih-Lebih
Bab 15 - Alkisah Si Daus
Bab 16 - Lamunan Terhenti
Bab 17 - Denda
Bab 18 - Si Tompok
Bab 19 - Jodoh Dan Pertemuan
Bab 20 - Harum Mekar Bunga Cinta
Bab 21 - Kuatnya Kasih Sejati
Bab 22 - Punca Segala Musibah
Bab 23 - Perihal Cikgu Sekolah
Bab 24 - Pertemuan Buat Pertamakali
Bab 25 - Pengorbanan Cinta Abadi
Bab 26 - Kehebatan Mat Raya
Bab 27 - Akhirnya
Bab 28 - Perbalahan Antara Dua Cikgu
Bab 29 - Antara Kebenaran Dan Penafian
Bab 30 - Perangai & Sikap Buruk
Bab 31 - Demi Kasih
Bab 32 - Biru & Merah
Bab 33 - Hari Yang Dinantikan
Bab 34 - Rakan Baik Bernama Hidayat
Bab 35 - Fikiran Yang Semakin Kusut
Bab 36 - Masa Untuk Membalas Dendem
Bab 37 - Rancangan Penguasaan Gugusan
Bab 38 - Yang Penuh Nafsu
Bab 39 - Amukkan Kedua Penjaga Ganas
Bab 40 - Bukan Yang Sebenar
Bab 41 - Kemunculan Semula
Bab 42 - Sokongan Rakan Sekolah
Bab 43 - Peperangan Bersejarah
Bab 44 - Sejarah Berulang Kembali
Bab 45 - Pertarungan Lagenda
Bab 46 - Kejutan Demi Kejutan
Bab 47 - Pesan Buat Rakan
Bab 48 - Malam Terakhir
Bab 49 - Apabila Ilmu Penuh Didada
Bab 50 - Semangat Pahlawan Terulung
Bab 51 - Naga Keramat, Naga Laut, Naga Kara
Bab 52 - Keris Kecil
Bab 53 - Jalan Yang Mana
Bab 54 - Arah Yang Berliku
Bab 55 - Perutusan Terakhir Sang Puteri
Bab 56 - Kegigihan Guntur
Bab 57 - Gerakkan Sejenak
Bab 58 - Kejar Mengejar
Bab 59 - Menara Berkembar
Bab 60 - Kunci Cakerawala
Bab 61 - Cinta Abadi Dibawa Mati
Bab 62 - Munculnya Keajaiban
Bab 63 - Gerbang Awana
Bab 64 - Bangkitnya Darah Keturunan
Bab 65 - Kesilapan Yang Berlebih-lebih
Bab 66 - Naga Keramat, Naga Lahar, Naga Bara
Bab 67 - Tenang Seketika
Bab 68 - Penyatuan Jasad & Jiwa
Bab 69 - Engkar Yang Membawa Padah
Bab 70 - Berakhirnya Sebuah Permulaan

Prakata


Idea untuk menulis novel ini bermula pada tahun 2007. Walaubagaimanapun tercetusnya untuk mewawarkan cerita-cerita lagenda di negara ini bermula pada tahun 2000 sewaktu dalam proses untuk mengengam segulung Diploma disebuah kolej swasta terletak di Pulau Langkawi. Rancangan asal adalah untuk menukarkan cerita-cerita Lagenda di Pulau Langkawi kepada sebuah filem animasi. Namun setelah berfikir panjang kemampuan untuk menghasilkan cerita-cerita animasi adalah amat terbatas.

Pada tahun 2007 melalui pembacaan novel-novel fantasi berbahasa ingeris telah memberikan idea untuk meneruskan penceritaan kisah-kisah lagenda dipulau itu melalui konsep pernovelan. Setelah membuat pelbagai kajian tentang kisah-kisah lagenda di pulau itu didapati terdapat juga kisah-kisah lagenda lain dinegara ini yang berkaitan. Begitu juga terdapat cerita-cerita lagenda lain diluar negara yang boleh diadaptasikan kedalam novel ini. Bagi menjadikan kisah lagenda ini lebih menarik cerita-cerita lagenda dari pelbagai sumber telah dicampur adukkan. Kemudian ia disusun indah supaya pembaca dapat menghayati cerita-cerita ini dengan lebih mendalam lagi. Ini sama dengan konsep-konsep yang diterapkan oleh pencerita-pencerita moden barat.

Secara asasnya penceritaan didalam novel ini mengandungi unsur-unsur kekeluargaan, persahabatan dan percintaan disamping aksi-aksi lucu, pertarungan dan debaran. Penyusunan jalan cerita juga diselang-selikan setiap 3-4 bab diantara dua dunia yang berbeza yakni dunia nyata dan dunia fantasi. Ini bermakna pembaca tidak dibawa terlalu jauh kealam fantasi dan dibawa juga ke kisah-kisah dunia remaja masa kini. 

Penceritaan didalam novel ini juga menekankan aspek keperincian supaya pembaca dapat membayangkan dan menyelami perkara-perkara yang membuatkan kisah lagenda ini begitu menarik dan misteri. Bagi menyuntik jiwa didalam penulisan novel banyak bahasa-bahasa pertuturan biasa dan pelat pelbagai bangsa serta negeri-negeri di negara ini digunakan terutama sekali dalam dialog pertuturan antara watak. Bahasa-bahasa ringkas juga banyak digunakan supaya pembaca setiap peringkat umur dapat membacanya dengan perasaan seronok dan menyenangkan.

Dengan harapan novel ini diterbitkan maka cerita-cerita lagenda negara sendiri yang penuh misteri dapat dihebahkan bukan sahaja untuk pembaca generasi dulu dan sekarang serta masa hadapan tetapi cita-cita juga kepada pembaca luar negara.