Tuesday 21 August 2012

Satu Penantian

Penantian itu amat menyiksakan lebih-lebih lagi apabila kita sudah tahu akan kepastiannya. Sejak dari penghantaran manuskrip dan pengeditan, perhubungan dengan editor tak kunjung putus. Hampir setiap minggu meng SMS beliau untuk mengetahui update. Sedar tak sedar dah setahun bertanya dan akhirnya editor telah menghantar manuskrip dan cadangan muka depan akhir. Setelah bersetuju editor memberitahu ada masalah dengan syarikat yang mencetak. Terlepas sudah Pesta Buku Antarabangsa KL 2012 dan Pesta Buku Selangor. Tapi Alhamdullial hujung bulan Julai 2012 editor telah datang sendiri berjumpa dan menyerahkan buku yang telah siap dicetak. Perasaan gembira teramat sangat. Huraaaggghhh!!!! (Gaya Viking atau orang-orang Gasar meluahkan kegembiraan)
Dua cover

Alangkah terkejutnya saya apabila mendapati produk akhir mempunyai dua cover yang berbeza. Kata editor cover yang bewarna hitam itu adalah untuk kedai buku MPH dan kedai buku lain-lain dan cover yang bertulisan merah pink itu adalah khas untuk kedai buku Popular (rata-rata pertama kali orang tengok cover nampak macam novel hantu/seram tapi bukan sebenarnya). Katanya lagi kedai buku Popular mempunyai ketetapan yang tertentu dan setelah dapat masuk ke kedai Popular kebarangkalian untuk percetakkan kali kedua amat tinggi kerana jumlah pelanggan yang besar dan meluas.

MPH SACC
Apa pun setalah dari tarikh itu setiap hujung minggu pergi menjengah kedai MPH di SACC Shah Alam, tetapi setiap kali pergi tak ada. Kecewa juga sebab dah bagi tau ramai kawan-kawan bahawa buku dah ada. Apabila mereka pergi carik tak ada. Malu pun ada. Menurut kata publisher, masa jumpa hari tu dia lupa nak cakap bulan September baru masuk Popular tetapi MPH tak tau pulak bila. Walaubagaimanapun keyakinan tetap utuh. Minggu bersilih minggu pada pertengahan bulan August 2012 buku saya telah ada dijual di MPH SACC walaupun berada dirak yang paling bawah sekali. (tak lama pun tapi rasa macam lama kan) Huurrraaggghhh!!!!! sekali lagi.

MPH Ipoh
Selang beberapa minggu lagi, yakni beberapa hari lagi sebelum raya, member kata dah ada kat MPH ngan Popular Ipoh. Dengan itu kemungkinanya telah ada disukurh Malaysia. Berita terkini member kata kat Sungai Petani tak ada lagi. Tapi tetap yakin suatu hari nanti pasti akan ada disana. Nanti adik balik Sabah nak suruh dia cek kat sana pulak. Hhhuurrraagghhhh!!!! untuk sekali lagi dan lagi dan lagi.
POPULAR Ipoh

Malangnye perasaan risau mula menyelubungi diri. Risau akan bagaimanakah reaksi pembaca diluar konteks perhubungan penulis. Didalam konteks perhubungan penulis rata-rata mengatakan best sehingga tidak dapat diucapkan dengan kata-kata. ada juga yang mengatakan 'OK' dimana OK itu adalah sesuatu yang subjective. Bilakah akan mendapat maklum balas dari pembaca yang telah menghabiskan novel saya? Hanya masa menjadi penentu dan aku akan setia menunggu. Sabar, sabar, sabar. Kata orang jual lemang koperasi di pejabat saya "Kalau Sedap Bagi Tau Kawan, Kalau Tak Sedap Bagitau Kami" dalam konteks novel saya pula Kalau Best Bagitau Kawan, Kalau Boring Bagitau Saya" Heheheh ;)

No comments:

Post a Comment