Saturday 18 August 2012

Ucapan Terima Kasih

Tidak terdetik dihati saya untuk sesekali mempunyai senaskah novel atas nama saya sendiri kerana saya sendiri tidak membaca novel dalam apa-apa genre pun kecuali pada waktu sekolah dahulu. Pada waktu itu adalah senaskah dua yang saya baca contohnya novel dari Penulis Tamar Jarlis (terima kasih penulis). Tetapi pada suatu hari sewaktu tinggal dengan kakak sulung saya (terima kasih kak long) di Kuala Lumpur saya terlihat banyak novel-novel Inggeris yang dibeli dan kumpul olehnya.

Bosan kerana tidak ada apa yang hendak dibuat pada waktu itu saya pun mengambil senaskah dan membacanya. Agak menarik dan suspen (novel penyiasatan) kerana ada scene scene yang mengambarkan sesuatu benda didalam rumah watak utama beralih ketempat lain bukan oleh perbuatannya sendiri. Selepas beberapa hari terkantoi pulak dengan kakak saya kerana membaca secara senyap senyap (malu sebab baca novel sebenarnya). Dia mencadangkan saya membaca cerita bertajuk Kane & Able. Katanya dia mengeluarkan air mata sewaktu membaca novel itu tetapi lain pula bagi saya yang membacanya.

Saya merasakan buku itu memberi motivasi kepada seseorang untuk berjaya kerana ia berkisarkan tentang dua watak utama dimana seorang hidup susah dan seorang lagi hidup mewah. Yang hidup susah cuba untuk hidup senang dan yang hidup senang cuba untuk merasai kepayahan hisup. Dalam setiap kisah ada dikalanya kedua watak hampir-hampir untuk bersemuka tapi nyaris-nyaris sehinggalah dipenghujung cerita dimana pertemuan mereka bukan sebagai kawan tetapi adalah sebagai musuh. Sayang sekali.

Tetapi dibuku sambungannya kedua-dua mereka mempunyai seorang anak lelaki dan perempuan dimana mereka juga memiliki sifat kedua ayah mereka tetapi akhirnya bertemu bercinta dan berkahwin.

Setelah beberapa bulan selepas itu saya bertanya kepada kawan saya (terima kasih kawan) buku novel apakah yang sesuai untuk dibaca dan kemudian dia mencadangkan kepada saya buku Harry Potter & The Sorcerer Stone (pada waktu itu tidak famouse lagi) dan saya dapati buku itu sangat menarik untuk dibaca dimana bahasa yang digunakan amat mudah difahami dan jalan cerita yang menarik. Ini menyebabkan saya memiliki  dan membaca kesemua tujuh bukunya. Konsep yang sama juga saya terbaca pada buku Eragon, Spiderwick dan Narnia (tapi narnia kelakar skit pandai betul penulis dia menulis) Selalunya novel bergenre fantasi akan menggunakan bahasa yang jarang digunakan dan susah untuk difahami. Ini terbukti apabila saya membaca buku Lord of the Ring. Bahasa Inggerisnya sangat tinggi dan susah untuk difahami. Hampi 70% apa yang saya baca dari ketiga-tiga bukunya saya baca tetapi tidak faham.

Dengan idea yang ada saya cuba untuk menulis sehingga beberapa bab dan saya terfikir sebelum saya menghabiskan cerita saya baik saya cuba menghantar dulu kepada beberapa publisher. Setelah mencari dilaman web saya terjumpa beberapa penerbit yang terkenal seperti Buku Prima, Alaf 21, Utusan dan beberapa lagi dan saya cuba menghantar tiga bab pertama (tunggu lagi beberapa bulan untuk penilaian dan followup). Malangnya penulisan saya tidak sampai ketahap yang mereka perlukan. Lagipun saya tidak pernah pergi kebengkel atau kursus penulisan. Kecewa dengan kegagalan ini saya berhenti seketika menulis untutk beberapa bulan.

Tetapi dari itu juga saya kenal pasti beberapa kelemahan dari penulisan saya dan cuba untuk memperbaiki. Saya mula menulis kembali dan terpaksa mula dari awal. Setelah yakin dan siap separuh saya cuba menghantar kembali tetapi saya tidak mahu menghantar kepada publisher yang sama (malu). Kerana tidak ada kontak publisher lain rakan saya (terima kasih rakan atas sokongan) telah mencadangkan supaya pergi ke Pesta Buku Antarabangsa KL. Nasib baik ia terletak berhampiran dengan pejabat jadi bolehlah saya pergi waktu rehat berjalan kaki. Tidak disangka banyak lagi publisher lain yang ada disitu. Setalah mengambil contact information mereka dengan segera saya menghantar sample manuskrip kepada mereka melalui email. Setelah beberapa bulan pihak Pekan Ilmu (terima kasih banyak-banyak) bersetuju untuk menerbitkan hasil penulisan saya.

Tetapi hasil penulisan saya hanya separuh siap. Dengan semangat baru saya berjaga siang dan malam (termasuk cuti raya, cuti umum dan selepas waktu pejabat) untuk menyiapkan novel. Tetapi beban kerja dan belajar Master separuh masa amat berat. Walaubagaimanapun saya mengambil kesempatan apabila ada masa terluang (termasuk cuti semester). Malangnya paper finance saya gagal kerana menyiapkan bab bab terkahir novel yang dimohon penerbit. Nasib baik prestasi kerja saya masih lagi kekal ditahap cemerlang. Namun begitu saya berjaya juga menamatkan MBA saya walaupun tidak cemerlang. Mungkin ujung  tahun ni convo (rasa mcm tak nk pegi je). Lepas convo bolehlah apply part time lecturing. Keje keje keje duit duit duit...:)

Setelah menghantar manuskrip saya terpaksa menungu setahun lebih untuk editing dan pencetakkan. Alhamdulliah syukur kepada tuhan akhirnya berjaya juga buku ini diterbitkan. Tetapi buku ini terdapat dua cover yang berlainan dimana satu untuk MPH dan kedai-kedai buku lain dan satu untuk Popular. Pelik tetapi menurut editor itu adalah requirement. Sebanyak 2540 naskah telah dicetak dan diedar termasuk perpustakaan dan kemungkinan Singapura (mengikut kata editorlah). Dengan perasaan gembira saya membeli 20 naskah untuk saya jual sendiri dan setelah dua minggu raka-rakan pejabat dan kakak-kakak saya (terima kasih kesemua yang telah membeli novel ini) telah membeli kesemunya. Masalah pula pada saya untuk menjual kepada yang telah berpesan melalui web (kena beli lagi kat publisher kot). Mengikut kata editor setelah dua minggu dipasaran hampir 1/3 dari jumlah cetakkan telah diedarkan/terjual. Dan baru-baru ni mengikut katanya lagi setelah tiga minggu di pasaran besar kemungkinan akan dicetak sekali lagi (terima kasih editor Cik Nurul).

Begitulah susahnya untuk menerbitkan satu novel ini. Ia mengambil masa yang lama dan pelbagai cabaran lebih-lebih lagi penulis baru macam saya. Dengan ini saya mengucapkan bebanyak terima kasih atas sokongan kuat rakan-rakan kini dan selamanya. Diharapkan novel ini akan berjaya dan mendapat bestseller seperti novel-novel cinta yang lain. Aminnnnnnn.................:)

No comments:

Post a Comment